Monday, January 9, 2017

Kelas Gitar Kami di Akhbar Sinar Harian

Jemput baca akhbar Sinar Harian 10 Januari 2017, ruangan GPS Bestari halaman 04. Artikel bertajuk "Subjek Muzik Dipandang Remeh" ada memuatkan pendapat dari salah seorang senior guitar tutor kami iaitu saudara Hisham. Artikel menerangkan tentang kepentingan pembelajaran muzik dikalangan kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa; sesuatu yang kami amat titik beratkan di dalam kelas gita, kelas ukulele dan keseluruhan kelas muzik kami.

Admin,
Strummers Music & Arts,
Whatsapp: 012-205 6140, 011-1535 9708
Tel/Fax: 03-3393 3101

Thursday, August 18, 2016

Tips Gitar: Elakkan Gitar Dari Suhu Panas

 Gambar 1

Gambar 2
[Tips Gitar: Elakkan Gitar Dari Suhu Panas]
TOLONGLAH BACA BAGI YANG ADA GITAR! Baca sekali pun jadilah!

Tahun 2015 lepas, sebanyak 97 buah gitar kami terima untuk pembaikan kerana rosak akibat terdedah kepada cuaca panas. Tahun ini, setakat bulan Ogos sekarang, sudah 63 buah.

Ini menandakan banyak orang tidak tahu, atau culas di dalam menjaga gitar mereka. Mereka suka mendedahkan gitar mereka kepada suhu panas. Akibat dari itu, gitar mereka akan terkopak terutamanya di bahagian bridge(rujuk gambar yang ada caption warning)

Lagi teruk, bahagian belakang bridge menjadi mengelembung besar, rujuk gambar yang ada pembaris itu, lihat di kiri dan kanan body celahan pembaris adalah luas menandakan body gitar itu mengelembung dengan besar. Untuk membaiki kerosakan itu menelan kos yang besar! Jika anda memakai gitar bajet, kosnya sudah hampir sama umpama membeli gitar baru!

Gitar majoritinya dibuat daripda kayu, jadi sememangnya sifat kayu jika terdedah kepada haba panas akan melengkung dan bolah rosak. Jadi elakkan cuaca atau keadaan panas seperti tepi tingkap atau di dalam kereta yang dibiar di tengah panas. Sekali sekala terdedah itu ok, tapi jangan selalu! :)

Admin,
Strummer Music & Arts.
Whatsapp: 011-1535 9708, 012-2056140
Ofis dan Fax: 03-3393 3101

Promosi Penghabisan Stok Gitar Eletrik



Harga diskaun, siap free setup lagi, siap free rewire macam gitar 'original Fender Strat' lagi... tak nak main gitar lagi tak tahu lah! Haha ;)

Gitar ini kami nak clear stock. Kalau mahukan warna lain, kami ada pakej gitar eletrik+amp+aksesori lengkap(beg, tuner, pick, strap, cable) semurah RM750! Pakej gitar kami semuanya PERCUMA setup(wroth RM150!)

(Beginners juga boleh bermula dengan gitar eletrik, tak semestinya bermula dengan gitar akustik)

Boleh hubungi nombor dibawah.

Admin,
Strummers Musics & Arts.
Tel(whatsapp sahaja): 011-1535 9708, 012-2056140
Ofis: 03-3393 3101

Monday, June 20, 2016

Promo Hari Raya Aidilfitri 2016! Kelas Gitar dan Ukulele!

https://www.facebook.com/pakejkelasgitar/


PROMO HARI RAYA 2016!

Kelas Gitar dan Ukulele - Dewasa dan Kanak-kanak
Diskaun 50% untuk Workshop Foundation Ekspress! ♪ ♪ ♪

►Apa itu kelas Workshop Foundation Ekspress(WFE)?
WFE adalah kelas selama tiga jam SAHAJA berbentuk workshop untuk memberikan asas yang kukuh kepada para beginners sebelum memasuki kelas bulanan(full guitar courses).

Kalau beginners terus masuk kelas monthly nanti kosnya menjadi terlalu mahal, maka WFE adalah persediaan terbaik utk pelajar menguatkan basic supaya apabila memasuki kelas monthly, kelas monthly tersebut tak perlu lagi belajar perkara yang terlalu basic yang merugikan masa dan wang kerana topic basic boleh sahaja dipelajari di dalam kelas berbentuk ekspress/workshop sebegini.

►Apakah silibus yang akan dipelajari di dalam workshop?
Topik terbahagi kepada dua:
Pertama, Asas Music Theory.
Kedua, Asas Practical Guitar/Ukulele.
Silibus diadaptasi dari Hal Leonard Guitar Method yang diubahsuai untuk kesesuaian pelajar Malaysia. Guru-guru di centre kami berkelayakan akademik dengan pengalaman 10 tahun lebih mengajar muzik.

►Apakah pencapaian yang saya dapat apabila menghadiri Workshop Foundation Ekspress(WFE)?
Selepas hanya tiga jam. 90% pelajar yang menghadiri kelas workshop foundation ini sudah boleh bermain 2-3 lagu dan sudah tahu bagaimana mahu memainkan lagu lain cuma tidak lancar sahaja. Untuk lancarkan cuma tinggal untuk anda balik praktis di rumah sahaja. Pointnya, selepas workshop, anda sudah tahu main.

PROMO RAYA! ♪

DISKAUN 50% untuk mereka yang mendaftar sebelum 5 Julai 2016(Sehari sebelum Raya) Deposit RM50 perlu untuk pendaftaran.

Tarikh Kelas:
→ Untuk Kanak-kanak(mestilah 7 - 16 tahun): 16hb Julai 2016.
→ Untuk Dewasa( berumur 17 tahun keatas): 17hb Julai 2016.

Tempat: Strummers Music Centre di Seksyen 13 Shah Alam. Berdekatan Tesco Shah Alam, AEON Shah Alam.

Tempat terhad! Siapa cepat dia tak lambat! Haha.

Selamat Berpuasa!

Hubungi(Whatsapp sahaja):
012 - 2056140, 011 - 15359708
Strummers Music & Arts