Kami mendapat banyak sms dan call bertanyakan tentang kelas gitar ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan minat anda. Di sini ada beberapa update terbaru berkenaan Pakej Kelas Gitar tersebut:
- Kami terpaksa menghentikan sebentar operasi di kawasan-kawasan lain, kami hanya beroperasi di kawasan Kota Damansara, Puncak Alam, Puncak Perdana dan sekitar sahaja buat masa ini. Kami akan membuka semula kelas di kawasan-kawasan lain seperti yang diiklankan sebelum ini di dalam jangkamasa yang terdekat. Namun begitu, kepadatan pelajar di kawasan ini sudah penuh, maka dalam sebulan dua ini, pengambilan pelajar terpaksa dihentikan. Kami memohon maaf atas perkara ini.
- Kami kini menjalankan kelas di rumah pelajar sahaja kerana premis kelas di seluruh Kuala Lumpur sedang kami strukturkan semula.
- Jika anda menghubungi kami melalui no tel yang tertera, jika tidak diangkat, sila SMS kerana kadang-kadang kami terlalu sibuk untuk menjawab telefon. Kami akan take note setiap pertanyaan anda dan kami akan menjawab segala pertanyaan anda secepat mungkin.
- Kekosongan jawatan guru muzik sudah tiada, maka kami tidak akan mencari guru muzik baru buat masa ini.
- Kelas audio editing akan turut diadakan dalam masa terdekat!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih. Komen anda akan disahkan oleh admin. Sementara itu teruskan membaca posting lain. Ia pasti akan membantu meningkatkan tahap permainan gitar anda :)